
Scha menunggu seperti biasa. Lazimnya dia akan bertemu dengan
Fitri tepat jam 12 malam dalam FB (chatting). Itulah kawan baiknya sejak dia mengenali dunia chatting di FB. Pada mulanya dia memang kurang mempercayai pengunjung-pengunjung FB ni kerana mereka boleh menyamar bila bila masa tetapi Fitri lain pula. Dia memang jujur dan berterus terang dalam banyak hal. Lagipun, mereka belum pernah bertemu cuma kerap bercakap melalui telefon sekiranya tidak berpeluang bertemu di FB. Namun, malam ini berbeza, Fitri tidak muncul-muncul. Dia sering menggunakan nama 'Cool Bro' dan Scha pula menggunakan nama 'Kouru Gurl'. Namun, malam ini nama tersebut
tidak muncul. Scha kecewa kerana Fitri mungkir janji mahu bertemu dengannya di FB. Scha meninggalkan kafe siber itu dengan hati yang sedih. Selang beberapa malam, Scha kembali
mengunjungi FB. Hajat utamanya ialah mahu mencari Fitri kerana sudah beberapa hari Fitri tidak pernah menghubunginya jauh sekali memohon maaf kerana gagal memenuhi janjinya beberapa malam lepas.
Hampir sejam Scha berbual dengan rakan-rakannya yang lain, pada mereka juga Scha bertanya mengenai Fitri namun mereka mengatakan sudah lama Fitri tidak masuk FB. Apabila hampir jam 12.30 tengah malam, nama samaran 'Cool Bro' muncul. Scha tanpa membuang masa terus menegur Fitri.
Kouru Gurl : Fit ...
Cool Bro : Scha ... Maaf saya tak dapat masuk malam itu.

Kouru Gurl : Awak ke mana? Kenapa tak call saya?
Cool Bro : Maaf ... Saya tak sempat menghubungi awak. Maaf ...
Kouru Gurl : Tak kisahlah. Awak sihat?
Pertanyaan Scha tergantung di situ. Fitri tidak menjawab
pertanyaannya dan tiba tiba senyap. Scha menungqu dengan sabar namun tetap Fitri tidak menjawab pertanyaan dan panggilan Scha.
Dengan rasa sedih Scha meninggalkan FB dan pulang dengan perasaan hampa.
"Kenapa dengan kau ni, Scha?" tanya Shitah, kawan baiknya sewaktu Scha melangkah lemah ke biliknya malam itu. "Aku tak faham betul. Kenapa Fitri lain macam jer dengan aku? Apa yang telah aku lakukan terhadap dia? "Jangan percaya sangat dengan pengunjung FB tu. Mereka boleh menyamar bila-bila masa saja. Aku dah kata jangan terlalu rapat nanti kau kecewa,"kata Shitah. "Aku berbual dengan dia malam ini tapi dia tiba-tiba hilang. Aku risaulah dengan dia,Shitah," katanya sambil memegang tangan Shitah. Shitah mendiamkan diri seketika. Sejurus itu dia menyarankan agar Scha menelefon rumah Fitri. Itu mungkin boleh melegakan perasaannya yang gundah kerana sikap pelik Fitri. Scha bersetuju dengan pendapat
Shitah. Dia akan menghubungi Fitri esok selepas dia pulang dari kelas malam.
Pada malam esok selepas tamat kelas malamnya, Scha telah singgah ke kafe siber. Hajat hatinya mahu berbual dengan Fitri sekiranya dia masuk FB malam ini. Sekurang kurangnya dia dapat bertemu dengan
Fitri sebelum dia menghubungi rumahnya malam ini. Hajat Scha tercapai apabila Fitri masuk FB. Scha tersenyum gembira apabila Fitri telah menegurnya.
Cool Bro : Scha ... awak marah saya ke?
Kouru Gurl : Siapalah saya mahu marah awak, Fit. Kenapa awak macam mahu tidak mahu berbual dengan saya?
Cool Bro: Saya bukan lagi seperti dulu, Scha. Tapi, perasaan saya masih sama terhadap awak. Saya sedih nanti kita tidak dapat berbual lagi seperti dulu.
Kouru Gurl : Kenapa?
Cool Bro : Saya kemalangan malam yang saya berjanji masuk FB mahu bertemu dengan awak, ingat?
Kouru Gurl : Awak teruk ke?
Cool Bro : Saya cedera parah. Teruk sangat sampai .... Saya hilang darah yang banyak ... Saya tercampak di dalam semak dan saya cuba cari jalan keluar. Dengan rasa sakit yang amat sangat, saya
tertinggal di tepi semak batu 6.
Kouru Gurl : Siapa yang membantu awak? Sekarang awak di mana?
Cool Bro : Tidak ada siapa. Saya masih di sini ... menanti orang membantu saya.
Kouru Gurl : Maksud awak?
Cool Bro : Saya sudah meninggal dunia, Scha. Tolonglah cari mayat
saya yer. Tolong sempurnakan saya, Scha. Tolonglah yer. Saya merayu pada awak.

Scha tersentak dan lantas meninggalkan komputernya dengan rasa takut yang amat sangat. Dia berlari menuju ke pondok telefon berdekatan dan menghubungi rumah Fitri. Memang Fitri seorang yang suka bergurau tetapi gurauannya malam ini memang menyeramkan Terdengar deringan telefon dan satu suara wanita menjawabnya. Apabila ditanya, dia merupakan kakak Fitri. Setelah memperkenalkan dirinya, dengan lembut Scha bertanya mengenai Fitri. Tiba-tiba suara wanita itu menangis. Katanya, sudah empat hari Fitri tidak pulang ke rumah. Laporan polis sudah dibuat namun masih belum ditemui. Dengan suara yang bergetar, Scha berkata kepada kakak Fitri supaya mencari Fitri di dalam semak Batu 6. Tanpa menunggu
lama, Scha terus meletak gagang. Airmatanya mencurah-curah bercampur sedih dan takut.
Keesokan harinya, kisah Fitri muncul di muka depan akhbar. Mayat

seorang siswa berumur 25 tahun ditemui di dalam semak kawasan Batu 6 dalam keadaan cedera parah, agak kembung dan mulai busuk. Motor yang ditunggangnya tercampak ke dalam gaung. Kemalangan itu ditafsir sebagai langgar lari. Scha melipat akhbar tersebut. Dia berjanji tidak akan mengunjungi FB lagi. Dalam diam dia mengakui Fitri memang menyayanginya kerana dalam keadaan begitu dia masih cuba mahu berbual dengannya walaupun dengan memberitahu berita yang sedih bahawa dia sudah tiada lagi.

Now, the most important part, where the money comes from:
Klik Nama Saya ini --> ArL Suarez
Sebarang Karya Agung anda yang ingin dikongsi bersama para pembaca sila hantarkan dengan inbox kepada Arl Suarez - Facebook @ arl_ezam85@yahoo.com
.............................................................................................................................................................. Follow @ArLSuareZ