Lalu Alan menjawab, “Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!”.
Cikgu Ayu dah tak tahan. Dia bawa Alan ke pejabat pengetua. Sementara Alan menunggu di ruang tamu, Cikgu Ayu terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Alan dan jika Alan gagal menjawab, maka Alan harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Alan dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Ayu terangkan pada Alan dan Alan bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.
Pengetua: Apa 3 x 3?
Alan: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Alan: 36
Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Alan mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Ayu dan berkata, “Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6″, Lalu Cikgu Ayu berkata pada pengetua, “Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Alan?”. Pengetua dan Alan bersetuju.
Cikgu Ayu: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Alan: (berfikir) Kaki
Cikgu Ayu: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Alan: Saku
Cikgu Ayu: Apa yang bermula dengan huruf “K” akhir dengan “A”, ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Alan: Kelapa
Cikgu Ayu: Apakah yang masuk keras dan berwarna “pink”, bila keluar lembik dan melekit?
Mata Pengetua terbeliak dan sebelum sempat dia menahan, si Alan terus menjawab.
Alan: Gula-gula getah (Bubblegum)
Cikgu Ayu: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?
Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Alan terus menjawab.
Alan: Bersalaman
Cikgu Ayu: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Alan: Baik Cikgu
Cikgu Ayu: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.
Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Ayu.
Alan: Khemah
Cikgu Ayu: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.
Pengetua semakin resah dan tidak selesa.
Alan: Cincin perkahwinan
Cikgu Ayu: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.
Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Ayu dan ingin membantah, tapi si Alan mendahuluinya.
Alan: Hidung
Cikgu Ayu: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Alan: Anak panah
Cikgu Ayu: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Alan: Okay
Cikgu Ayu: What word starts with a ‘F’ and end in ‘K’ that means lot of heat and excitement?
Alan: Firetruck
Cikgu Ayu: What word starts with a ‘F’ and ends in ‘K’ & if you dont get it you have to use your hand.
Alan: Fork
Cikgu Ayu: What is it that all men have one of. It’s longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Alan: Surname
Cikgu Ayu: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Alan: Heart
Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Alan, lantas berkata “Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah”.
P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning… hahaha…
Follow @ArLSuareZ